Kereta terbang AirCar berenjin BMW berjaya buat penerbangan pertama antara bandar

1927

Kereta terbang bukanlah suatu konsep baharu, tetapi begitu sedikit yang berjaya membuat penerbangan pertama atau menguji prototaip mereka di khalayak umum.

Klein Vision baru-baru ini berjaya menerbangkan AirCar untuk penerbangan pertamanya merentasi bandar. Ini bermakna AirCar semakin menghampiri fasa produksinya.



Ia berlepas dari lapangan terbang Nitra dan mendarat di Bratislava di Slovakia pada 28 Jun lalu, diterbangkan oleh dan perekanya, Professor Stefan Klein dan rakan pengasas, Anton Zajac. Penerbangan itu juga merupakan yang ke-142 untuk prototaip AirCar.

Tidak seperti kereta-kereta terbang kita pernah lihat sebelum ini, AirCar ialah kereta-pesawat dwi-mod yang boleh berubah dari kereta kepada kapal terbang dalam kurang tiga minit.

Sayap dan ekornya boleh dikeluarkan/dilipat, dan seterusnya mengubah kenderaan itu dari ‘kereta sports’ empat tayar kepada pesawat sebenar. Walaubagaimanapun, AirCar belum sedia untuk garaj anda kerana ia masih perlu landasan untuk berlepas.

Terdapat dua prototaip AirCar pada masa ini. Ia menggunakan bahan api dari stesen biasa.

Prototaip 1 dikuasakan oleh enjin BMW 160hp dengan propeller tetap dan payung balistik, kini mempunyai kira-kira 40 jam penerbangan. Ia juga telah terbang sehingga 8,200 kaki (2,500meter) dengan kelajuan meluncur maksima 190km/j.

Prototaip 2 pula lebih berkuasa. Dengan 300hp, ia telah menerima kelayakan pesawat EASA CS-23 dan permit jalanraya M1. Ia mempunyai propeller boleh laras dan dijangka mampu terbang dengan kelajuan meluncur 300km/j, serta jarak sehingga 1,000km.

Belum ada sebarang pengumuman untuk versi produksi AirCar tetapi dengan pencapaian setakat ini, kita boleh jangkakan ianya tidak lama lagi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here