Mini Hoonitruck ini buatkan Perodua Viva rasa besar dan mewah

2662

Kecil-kecil cili api”. Inilah yang boleh dikatakan mengenai Mini Hoonitruck ini. Ibarat sebuah go-kart dengan kuasa yang melimpah-ruah dan memerlukan ketangkasan untuk menjinakkannya.

Mini Hoonitruck ini dibina oleh Alex menggunakan badan asal Honda N600 pickup. Namun ia bukanlah seperti kei car­ biasa kerana N600 pickup ini telah disumbat dengan enjin Suzuki GSX-R 1000 tahun 2013.



Jadi, ‘Honda N600’ ini tidak lagi menghasilkan 36-45 hp, tetapi 190 hp dari enjin superbike itu. Empat kali ganda! Memang kecil-kecil cipi api. Sebab itulah ia dinamakan Mini Hoonitruck.

Dan sudah tentu, modifikasi harus dilakukan untuk memastikan badan dan casisnya dapat menampung kuasa yang tinggi itu.

Antara modifikasi yang telah dilakukan oleh Alex adalah memperkukuhkan kerangka badan dengan tiub besi dan menukar tayar kepada profail lebih lebar dan mencengkam. Itupun Mini Hoonitruck ini masih mampu hilang cengkaman ketika memecut dalam gear 3 atau 4!

Christian McMaster menemubual Alex dan sempat menaiki jentera gila ini. Dengan kuasa sebanyak itu dan berat hanya 487 kg, pasti nisbah kuasa-kepada-beratnya melebihi hypercar yang berharga jutaan Ringgit.

Inspirasi dan idea

Ketika ditanya, Alex mengatakan bahawa dia mendapat idea membina Mini Hoonitruck ketika melihat trak Hoonigan Ken Block di pameran SEMA 2018. “Pasti cool dapat membina versi kecil trak Hoonigan ini”, katanya.

Alex sangat menikmati masa yang diluangkan ketika membina Mini Hoonitruck ini. Segala perincian diberikan agar dapat menyamai trak Ken Block itu sebaik mungkin.

Segala tulisan dan corak pada badan kereta bukanlah pelekat, tetapi stensil dan kemudian diletak clear coat. Jadi semua permukaan terasa licin.

Menurut Alex lagi, pembinaan Mini Hoonitruck ini terasa seperti membina model skala yang besar.

Bila dilihat depan mata, Mini Hoonitruck ini lebih kecil dari yang disangkakan. Ia sememangnya mampu buatkan Perodua Viva kita terasa besar, luas dan mewah.

Oh ya, Alex berkongsi akan perancangannya di masa depan untuk projek ini. Dia bercadang untuk memasukkan turbo pada enjin GSX-R itu. Kuasa yang bakal dihasilkan ialah kira-kira 400 hp! 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here