JPJ lanjut tempoh perbaharui lesen, no pendaftaran dan tukar hak milik kenderaan hingga 30 September

7196

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan lanjutan tempoh beberapa perkhidmatan dan transaksi yang tidak boleh dilakukan dari 1 Jun hingga 31 Julai ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan mengumumkan semua kaunter perkhidmatan JPJ, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Puspakom, dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak/Sabah kembali beroperasi 1 Julai lalu.

Bagaimanapun, operasi tersebut melibatkan urusan transaksi yang tidak boleh dilakukan secara online dan kakitangan yang bertugas di kaunter juga tidak melebihi 50 peratus serta kaedah perlaksanaan secara temu janji berjadual. 



Terkini, laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menyenaraikan operasi perkhidmatan pendaftaran dan pelesenan kenderaan yang layak menerima lanjutan tempoh: 

  1. Tempoh Sah Laku Pemeriksaan Puspakom Tamat Tempoh Semasa PKP

Semua tempoh sah laku Laporan Pemeriksaan (senarai di bawah) adalah layak menerima pelanjutan khas sehingga 30 September depan. 

  • Laporan Pemeriksaan Tukar Milik B5
  • Laporan Pemeriksaan Khas B2
  • Laporan Pemeriksaan Awalan PG11A
  • Laporan Pemeriksaan Awalan Bas PG13B

2. Tempoh Tukar Hak Milik Lebih Tujuh Hari

Proses tukar hak milik di bawah Sistem MySikap akan menyekat secara automatik pemilik baharu yang tidak dapat hadir bagi pengesahan biometrik dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pemilik asal melakukan pengesahan biometrik tukar hak milik.

Justeru itu, pihak JPJ akan memberikan lanjutan tempoh sehingga 30 September depan bagi pemilik baharu menyelesaikan urusan tersebut. 

BACA>>#Tips: Cara mudah tanggal road tax tanpa tinggal kesan pada cermin

3. Pemeriksaan Puspakom bagi Urusan Pembaharuan Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) Kenderaan Perdagangan 

  • Pemeriksaan berkala Puspakom tamat tempoh: dibenarkan menangguhkan pemeriksaan berkala dan diberi pengecualian saman kepada pemilik kenderaan yang tidak hadir untuk tujuan pemeriksaan 1 Jun hingga 31 Julai. 
  • Pengisytiharan Kenderaan Perdagangan tidak beroperasi (lay up) tamat tempoh: tidak akan disaman dan dibenarkan hadir terus ke pusat pemeriksaan Puspakom dalam tempoh dua bulan selepas PKP tamat.

4. Nombor Pendaftaran Kenderaan Tamat Tempoh Ketika PKP (1 Jun-31 Julai)

Pelanjutan khas akan diberikan secara automatik kepada semua kategori nombor pendaftaran kenderaan sehingga 30 September.

5. Kelulusan Permohonan Nombor Pendaftaran Rosak/Binasa Tamat Ketika PKP

Pelanjutan khas bagi tempoh kelulusan diberikan dan ditetapkan selama tiga bulan dari tarikh kemas kini.

6. Kelulusan Permohonan Nombor Pendaftarran Hilang/Curi Yang Tamat Tempoh Ketika PKP

Pelanjutan khas bagi tempoh kelulusan diberikan dan ditetapkan selama tiga bulan dari tarikh kemas kini.

Sementara, bagi urusan Niaga Pelesenan Pemandu yang layak menerima lanjutan tempoh bagi lesen yang tamat bermula 13 Januari 2021. Pihak berkuasa akan memberikan pelanjutan khas sehingga 11 November 2021 untuk memperbaharui lesen mereka.

Berikut kategori lesen yang terlibat:

  • Lesen Memandu Kompeten (CDL)
  • Lesen Vokasional Malaysia
  • Lesen Kenderaan Barangan GDL
  • Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)
  • Lesen Memandu Percubaan (PDL)
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Manakala pembaharuan Lesen Belajar Memandu (LDL) yang tamat tempoh bermula 13 Januari 2021 akan diberikan lanjutan tempoh sehingga 11 November.

Pengguna Permit Memandu Antarabangsa (IDP) pula diberi pengecualian Penggunaan IDP yang tamat sah laku daripada 18 Mac 2020 sehingga tempoh PKP (PKP, PKPD, PKPB, PKPP) berakhir. 

BACA>>Perlu buat temu janji terlebih dahulu, kaunter JPJ dan Puspakom kembali beroperasi

BACA>>Honda Jazz klon paling banyak disita JPJ Kelantan

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here