Ini 13 fakta ringkas skuter elektrik Siberpunk BMW CE-04 perlu anda tahu

2006

Empat tahun lalu ramai yang skeptikal dan tidak menjangka jentera prototaip yang menggunakan bahasa rekaan Concept Link milik BMW ini akan menjadi model pengeluaran. 

Andaian peminat roda dua nampaknya tersasar apabila BMW mengumumkan model dengan gaya siberpunk itu di antara barisan produk 2022. Lebih menarik penampilannya masih radikal seperti mana versi konsep yang diperkenalkan pada 2017. 

Kehadiran BMW CE-04 (2022) meneruskan strategi elektromobiliti BMW Motorrad dan peranannya sebagai skuter urban. Berikut 13 fakta ringkas tentang skuter terbaharu itu:



  • Motosikal itu masih lagi mengekalkan penampilan konsep terdahulu yang didedahkan pada 2017 menerusi rekaan pelana rata dan panel sisi depan ‘terapung’ yang menyatu dengan lantai pemijak kaki dan bellypan.
  • Bahkan ciri khas konsep asal menggunakan kemasan warna jingga masih dikekalkan yang boleh dilihat pada bahagian visor depan, pelana dan grafik panel sisi badan. 
  • Bukaan penutup ruangan simpanan begitu unik ditolak dari sisi yang boleh memuatkan helmet penuh bahkan mudah diakses walaupun ketika duduk di atas motor.
  • Sistem pencahayaan LED ditawarkan standard. Tawaran Pakej Pilihan Premium pula merangkumi peralatan seperti lampu adaptif, Sistem Keselamatan Brek Anti Kunci (ABS) Selekoh, Kawalan Traksi Dinamik, Pemantauan Tekanan Angin Tayar, ciri pemanas pelana dan kabel mengecas Level 2. 
  • Keyakinan membrek diserahkan kepada brek cakera 265mm, kaliper 4-pot (depan) dan cakera tunggal (belakang) bersama ciri ABS Bosch sebagai standard. 
  • Suspension lebih konvensional berbanding penampilan jentera yang mana bahagian depan menggunakan fork bersaiz 35mm dan monoshock di belakang.
  • Mod tunggangan yang ditawarkan ialah Eco, Rain dan Road yang disesuaikan mengikut situasi tunggangan manakala mod yang lebih berkuasa Dynamic ditawarkan berasingan.
  • Di bawah casis keluli tubular itu tersedia bateri litium ion 147.6V (60.6Ah) yang menawarkan jarak tunggangan sejauh 130km dan operasi mengecas boleh menggunakan soket rumah, wallbox mahupun stesen pengecas awam.
  • Dengan input soket pengecas rumah (120V), proses isian bateri penuh mengambil masa selama 4 jam 20 minit manakala pengecas wallbox (240V) atau stesen pengecas awam pula mengambil masa 1 jam 40 minit. Operasi mengecas pantas hanya memerlukan masa 45 minit untuk mendapatkan isian bateri dari 20 peratus ke 80 peratus.
  • Skuter tersebut digerakkan motor elektrik 42hp yang menghantar kuasa ke roda belakang melalui sistem tali sawat. Pecutan 0-50 km/j mengambil masa 2.6 saat dengan kelajuan maksimum 120 km/j.
  • Walaupun kelihatan kompak CE-04 sebenarnya lebih panjang dari C evolution terdahulu dan memiliki jarak roda sama dengan Triumph Rocket 3 iaitu sekitar 1676mm.
  • Maklumat penting penting jentera dipaparkan menerusi skrin TFT-LD 10.25 inci dengan navigasi binaan dalam dan ketersambungan telefon pintar. Turut tersedia post mengecas USB-C. 
  • Harga BMW CE-04 bagi model pengenalan asas sekitar  $11,795 (RM49,426). 

BACA>>All Electric Concept Vehicle, trak pikap tentera berkuasa elektrik dengan 200hp!

BACA>>Tips dan info tentang isu pembelian kereta mengikut kemampuan

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here