Kata pepatah satu jari menunding ke orang lain, empat jari berbalik ke kita. Sebelum ingin meluahkan rasa marah atau kecewa di media sosial pastikan anda berada di pihak benar.
Ini yang terjadi di Singapura, apabila pemandu Lamborghini berwarna ungu berkenaan tanpa usul periksa meluahkan rasa kecewa tidak dapat masuk ke kabin setelah dihalang kenderaan bersebelahan.
Menerusi gambar yang dimuatnaik, wanita itu menyalahkan kereta Honda berkenaan bahkan mengancam akan menimbulkan “masalah” kepada pemandu tersebut kerana menyusahkan dirinya.
Ini kapsyen yang ditulis wanita berkenaan menerusi Instagram Story:
“Cemburu mendorong orang menjadi pyscho, pemilik Honda ini bukan sahaja miskin kewangan bahkan tidak bijak sebab itu sengaja parkir macam ini, kau fikir aku tak boleh bukak pintu, kau salah bro!. Kau tunggu masalah apa yang datang nanti.”
Namun tindakan kurang bijak dan ‘sombong’ pemilik supercar berkenaan memakan dirinya sendiri kerana secara jelas gambar tersebut menunjukkan pemilik Honda berkenaan parkir di dalam lot.
Sedangkan kedua-dua tayar Lamborhini berkenaan melebihi garisan putih sehingga memasuki ruangan parkir Honda itu. Kata-kata kasar dan ‘sombong’ pemilik Lamborghini tersebut menimbulkan kemarahan warga maya.
Ramai mengecam tindakan wanita itu kerana tidak memakir dengan betul. Antara komen netizen, mereka menasihati dia memandu Nissan Note sahaja kerana tidak pandai parkir bahkan menyalahkan pemilik Lamborghini berkenaan yang rendah EQ sebenarnya.
BACA>>Terkejut kos parkir motosikal berjumlah RM3k!
BACA>>Satu lot parkir di Hong Kong dijual pada RM5.3 juta!
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar