Baru-baru ini salah satu model Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur bakal dilelong pada acara Collection Car Auction. Selain dikeluarkan dalam unit terhad, model 2002 itu masih tiada pemilik bahkan jarak perbatuan hanya 10km.
Harga bidaan model prestasi tersebut juga paling mahal setakat ini bermula dari Yen 50,000,000 (RM1.8 juta). Jika anda sedang mencari model JDM itu tidak perlu pergi jauh.
Wakil jualan kenderaan import (AP), Mutiara Motors memuat naik foto Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur untuk dijual di laman Facebook mereka.
Jika anda peminat kenderaan JDM, pasti tahu harga kenderaan terpakai (mengikut model/tahun keluaran) Jepun tersebut agak tinggi. Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur yang dijual oleh Mutiara Motors berharga RM2 juta.
Mengapa nilai harga pasaran kereta sport berkenaan agak tinggi?. Ini kerana versi V Spec II Nur merupakan model yang hanya dikeluarkan sebanyak 718 unit. Model yang dijual oleh Mutiara Motors memiliki warna badan JW0 Millenium Jade.
Sebanyak 156 unit warna badan Millenium Jade dikeluarkan di dunia manakala warna putih hanya tersedia sekitar 159 unit. Di samping itu, Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur juga versi prestasi menggunakan enjin RB26DETT dengan pengecas turbo lebih besar.
Enjin berkenaan menghasilkan kuasa 330hp berbanding versi standard 276hp. Seiring dengan edisi Nurburgring, bahagian casis dan suspensi juga ditingkatkan. Jika anda terkejut dengan angka jualan tersebut sebenarnya itu adalah nilai standard.
Berdasarkan pemerhatian kami, harga jualan model berkenaan di laman JDM Expo juga sekitar RM2 juta setelah ditukar ke mata wang Malaysia.
BACA>>Transformasi Nissan Skyline GT-R: Daripada sebuah sedan mewah menjadi sebuah kereta sport
BACA>>Tips pemanduan untuk mengatasi masalah sakit belakang
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar