Wanita diikat dengan pita pelekat gara-gara cuba buka pintu pesawat

1946

Gara-gara cuba membuka pintu pesawat, seorang penumpang wanita diikat dengan pita pelekat sepanjang penerbangan.

 

Video yang tular menerusi aplikasi TikTok itu menunjukkan badan wanita tersebut diikat pada kerusi menggunakan pita pelekat bahkan mulut, tangan dan kakinya turut diikat  pihak krew kabin.





Wanita yang memakai kemeja-T berwarna ungu itu dikatakan cuba menyerang krew penerbangan dan membuka pintu pesawat American Airlines 1774 dari Dallas-Fort Worth, Texas ke Charlotte, North Carolina.

Penumpang yang merakam video tersebut, Arienna Mathena berkata mereka terdengar suara wanita menjerit di bahagian depan namun tidak mengetahui situasi sebenar yang berlaku.

wanita diikat pita pelekat

Krew kabin mula berlari ke depan dan belakang sekitar 1.30 pagi, mengunci pintu tandas dan meredakan keadaan, hanya terdengar bisikan menyuruh mangsa diam. Kemudian kapten pesawat meminta penumpang kekal duduk di kerusi masing-masing. 

Ketika penumpang keluar dari pesawat mereka melihat wanita berkenaan. Pramugari yang duduk berhampiran menjelaskan wanita itu melalui gangguan mental, secara tiba-tiba meradang dan cuba turun dari pesawat.

“Dia menjerit meminta turun dari kapal terbang lalu meluru ke arah pintu keluar dan mengetuk agar dapat keluar dari pesawat,” katanya.  

Suspek juga meludah, menggigit dan menyerang krew penerbangan. Video yang mendapat tontonan sebanyak 4 juta kali itu juga menunjukkan pegawai polis dan kakitangan perubatan menunggu di luar pesawat untuk menjemput wanita tersebut.

BACA>>#Tips: Boleh jimat minyak kalau tutup aircond? Ini jawapannya

BACA>>Pegawai tentera udara mabuk ketika memandu, langgar enjin pesawat pejuang hingga terbakar

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here