Modifikasi motor punca kemalangan maut penunggang Yamaha Y15ZR

3261

Baru-baru ini seorang ibu tunggal maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian di kilometer 42 Jalan Bera-Mayam, Pahang.



Menerusi laman Facebook Polis Pahang, dalam kejadian itu tiba-tiba fork depan Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa patah menyebabkan penunggang hilang kawalan dan   jatuh tersembam di bahu jalan.

Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan berlaku disebabkan modifikasi pada bahagian fork T dan fork depan yang ditukarkan kepada komponen selepas pasaran jenis aluminium.
 

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Pahang, Supritendan Kamarulzaman Jusoh berkata material aluminium adalah komponen mudah patah kerana menggunakan bahan campuran besi.

“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Sek.41(1) APJ 1987 dan orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan tindakan seumpama ini kerana perbuatan tersebut bukan sahaja mengundang kecelakaan serta kematian malah satu kesalahan,” jelasnya.
 
Pemilik yang melakukan pengubahsuaian boleh didakwa di bawah Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan kerana mengubah suai struktur kenderaan (Rule 94 LN 170/1959) dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih dari RM300.
 
Di samping itu, pihak bengkel juga perlu lebih bertanggungjawab dan bukannya hanya memikirkan keuntungan semata-mata dalam penjualan alat-alat ganti yang tidak berkualiti kepada  pelanggan.
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here