Thailand lancar Yamaha Exciter 155 (2021), Harga RM8k

3072
Thai Yamaha Motor Company Limited rasmi memperkenalkan Yamaha Exciter 155 VVA (2021) dengan kemas kini luaran, enjin dan ciri peralatan.
 
Menerusi tagline Ride the next level, penampilan moped tersebut mewarisi imej superbike YZF-R1. Kesemua sistem pencahayaan menggunakan ciri LED dan aura sporty diserlahkan  dengan pemasangan lampu nyala siang (DRL). 
 
 
Sementara lampu depan LED dibahagikan kepada dua antara lampu tinggi dan rendah. 
Kemudian meter LCD memiliki rekaan sporty dan moden dengan panel instrumen digital yang memaparkan fungsi dan maklumat penuh motor. 
 
Yamaha Exciter 155 VVA dilengkapi dengan enjin 155cc silinder tunggal SOHC 4-lejang VVA penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 17.7hp @ 9,500rpm dan tork 14.4Nm @ 8,000rpm.
 
Enjin yang dilengkapi dengan teknologi pancitan bahan api itu dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan bersama ciri Klac Assist & Slipper. Bagi mendapatkan tunggangan lebih baik pihak Yamaha melaraskan bahagian suntikan minyak.
 

Sistem suspensi depan jenis fork teleskopik konvensional manakala belakang pula menggunakan monoshock boleh laras. Jentera seberat 119kg itu didatangkan dengan rim 17 inci dengan balutan tayar bersaiz 90/80 (depan) dan 120/70 (belakang).

Bagi menghentikan jentera pihak Yamaha memilih brek cakera pada kedua-dua tayar. Saiz tangki minyak moped berkenaan ialah 5.4 liter dengan ketinggian pelana 795mm.

Yamaha Exciter 155 VVA dijual pada harga Baht 68,000 (RM8,725) bersama waranti selama 5 tahun atau 50,000km (mana-mana tiba dulu).



BACA>>Tunggang Kapcai dari Jauh Tapi Kena Tipu

BACA>>Bermula pomen bikin motosikal moped, kini jadi pemilik syarikat kereta terlaju dunia Christian von Koenigsegg

GALERI

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here