Utama Berita Automotif Berita Tempatan TPM: Tolong jangan ‘curi-curi’ balik kampung ketika Aidiladha

TPM: Tolong jangan ‘curi-curi’ balik kampung ketika Aidiladha

2017
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta seluruh rakyat Malaysia agar jangan melakukan aktiviti rentas daerah atau negeri ketika sambutan Hari Raya Aidiladha.
 
Seluruh negara ketika ini sama ada yang di bawah kategori Fasa 1 atau Fasa 2 , masih belum boleh berbuat demikian.
 
Ismail Sabri
Walaupun ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu prosedur operasi standard (SOP) tidak membenarkan aktviti rentas daerah dan negeri, namun ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang secara ‘curi’curi’ balik kampung melalui ‘jalan tikus’ pulang ke kampung. 
 
“Tolonglah, jangan rentas negeri dan daerah. Insya-Allah kalau vaksin sudah dapat kita berikan kepada rakyat, bila komuniti berkelompok sudah diperoleh (melalui) Fasa 3 atau Fasa 4, rentas daerah dan rentas negeri akan dibenarkan.
 
“Saya harap semua kita mengambil iktibar daripada kes yang berlaku selepas hari raya Aidilfitri dulu walaupun ketika itu masih belum dibenarkan tetapi ramai yang curi-curi balik  ikut lorong tikus dan sebagainya.
 

“Kalau kita lihat kes rentas negeri, kluster itu memuncak selepas itu (Aidilfitri), kes di Terengganu misalnya, seluruh keluarga dijangkiti (COVID-19) dan ada yang meninggal dunia, begitu juga di Kelantan pun ada kes yang sama… jadi saya harap (kes-kes) itu menjadi iktibar kepada kita,” katanya. 
 
Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Keselamatan menasihatkan masyarakat bersabar dan menunggu sehingga negara sudah mencapai imuniti kelompok untuk diberi kebenaran merentas daerah dan negeri di Fasa 3 dan Fasa 4.
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here