Individu lengkap vaksin mungkin dibenar rentas daerah

1179

Kelonggaran individu yang menerima lengkap dua dos suntikan vaksin akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang lengkap dos vaksin mereka.

Menurutnya, selepas itu, kerajaan akan mengumumkan kelonggaran lain terutama kepada mereka yang Sudah dapat dua dos itu supaya mereka tidak terus ‘terikat’.



“Perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka. Kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah, atau sekurang-kurangnya rentas daerah,” katanya yang dipetik menerusi laporan Harian Metro selepas melakukan lawatan ke syarikat farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, langkah berkenaan juga seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutama di Lembah Klang pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta seluruh rakyat Malaysia agar jangan melakukan aktiviti rentas daerah atau negeri ketika sambutan Hari Raya Aidiladha.

Seluruh negara ketika ini sama ada yang di bawah kategori Fasa 1 atau Fasa 2 , masih belum boleh berbuat demikian.

Baca juga>> TPM: Tolong jangan ‘curi-curi’ balik kampung ketika Aidiladha

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here