Akhirnya Jonathan Rea dapat lesen, dah boleh ride cuma kena beli motor dulu

1965

Sebelum ini, juara dunia enam kali dan pesaing sengit dalam Kejohanan Dunia Superbike (WSBK), Jonathan Rea berkongsi proses pengalaman mengambil lesen motor di akaun YouTube miliknya.

Pada akhir video, Rea menyatakan yakin 100 peratus kali ini dia akan mendapatkan lesen motor selepas melepasi peringkat kursus latihan menunggang (CBT). 



Terkini, pelumba pasukan Kawasaki itu rupanya baru saja lulus ujian yang dikongsi melalui video bertajuk “I’ve passed my test” (Saya lulus ujian). 

Awal video, Rea berkata masih gugup menunjukkan kepada penonton bahagian ujian yang bakal dilakukan dan dia masih lagi berada di parkir.

“Saya perlu melakukan drift keluar masuk kon, brek kecemasan, ujian nombor lapan, pusingan, tunggangan perlahan, ujian tunggangan asas dan seterusnya jalan raya.”

Sebelum menuju ke lokasi ujian Rea bertanya kepada tenaga pengajar, Stephen dari Moto Training NI:“Do you think I will go straight through it?” (Adakah saya akan lulus sekali ujian). 

SILAP MASUK SIMPANG

Tanpa ragu-ragu Stephen menjawab sudah tentu. Selepas ujian Rea menarik nafas lega kerana lulus tanpa kesalahan besar mahupun kecil. 

“Semuanya ok cuma saya buat satu kesilapan di bahagian simpang kerana tidak dapat mendengar arahan radio dengan jelas.

“Jurulatih juga kata semuanya sempurna, terima kasih Stephen, buat saya lebih relaks sepanjang masa dan takla rasa stress sangat,” katanya.

Ketika melihat rakaman video tersebut mungkin tiada seorangpun ‘perasan’ calon ujian lesen yang menunggang Kawasaki Z650 itu merupakan pelumba dunia WSBK. 

Sebagai pelumba berjaya dalam arena Superbike, Rea lebih menumpukan kepada tunggangan asas trek sejak penglibatan pertamanya dalam Kejohanan Superbike British (2005) ketika masih remaja. 

Bagaimanapun semuanya berubah minggu ini apabila lelaki berusia 34 tahun merasai pengalaman menunggang di jalan raya dan lulus ujian lesen motor. Tanpa lesen motor, Rea tidak memiliki motosikal sendiri.

Menerusi kapsyen pada videonya Rea menyatakan jentera baharunya dalam perjalanan dan meminta pengikutnya meneka motosikal yang dibeli. Mengambil kira statusnya sebagai pelumba pasukan hijau, adakah Rea membeli model Kawasaki?.

Sementara itu, Rea pernah berkongsi pengalaman beberapa tahun lalu yang mana dia gagal ujian teori ketika tinggal di Isle Of Man TT.

Bahkan juara dunia itu juga ‘malu’ tidak boleh menunggang motosikal untuk ke kedai. Nampaknya selepas ini bolehlah Rea menunggang ke mana sahaja ataupun menyertai konvoi. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here