[Video] Trak pikap ini tarik lori balak 67 tan, tak rosakke driveshaft?

2265

Trak pikap digunakan untuk melakukan tugas-tugas berat selain daripada sebahagian gaya hidup pengguna.

Namun, jentera tersebut juga boleh menjadi trak tunda ketika kecemasan. Bahkan dengan teknologi termaju menjadikan operasi menunda lebih mudah berbanding sebelumnya.

Tetapi apabila anda ingin menunda kenderaan perlu tahu tentang GCWR (Gross Combined Weight Rating). Bukan saja merujuk kepada berat kenderaan, penumpang dan kargo tetapi juga trailer serta bebanan. 



Nombor ini ditentukan oleh pengeluar kereta atau trak sebagai had berat keselamatan maksimum kenderaan jadi penting untuk tidak melebihi garis panduan ini.

Namun, apabila menonton video YouTube ViralHog ini membuatkan kita terfikir apa terjadi pada trak pikap Dodge Ram selepas menarik sebuah lori. 

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan Dodge Ram menarik lori yang penuh dengan muatan balak sekitar Williams Lake, British Columbia, Kanada. 

Difahamkan lori berkenaan mengalami kerosakan dan perlu dialih bagi mengelak kesesakan lalu lintas. Boleh dilihat kepulan asap putih keluar dari trak pikap itu bahkan asap semakin banyak sebaik lori seberat 67 tan itu mula bergerak.

Kami mengharapakan asap putih tersebut bukanlah dari driveline kerana jika itu terjadi tentunya kos baik pulih bukan murah. Difahamkan trak pikap Dodge Ram dalam video itu merupakan keluaran 2002 hingga 2008.

Mengambilkira gril dan cermin sisi kemungkinan ia merupakan model 2500 atau 3500 yang menggunakan enjin 5.7 liter Hemi V8 dengan kuasa 345hp dan tork 508Nm. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
VIDEO

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here