Kompilasi prank pocong begitu popular dalam kalangan warga Indonesia. Kebanyakan video prank pocong tersebut mengundang tawa dalam kalangan pelayar internet.
Namun, sebaliknya yang berlaku bagi remaja ini apabila perancangan mengikuti trend semasa berakhir dengan kematian.
Peristiwa yang berlaku di Bekasi, Jawa Barat itu melibatkan geng Rombongan Jamaah Liar (Rojali) yang sedang merakamkan konten Tik Tok-Challenge ‘malaikat maut’. Remaja berkenaan akan menghadang lori di jalan raya.
Ketika kejadian pemandu lori tersebut tidak sempat membrek lalu melanggar mangsa dengan singkatan nama FA berumur 16 tahun. FA meninggal di tempat kejadian apabila badannya menghentam bahagian kepala lori biru yang sedang laju.
Manakala dua rakannya mengalami kecederaan dan dirawat di Rumah Sakit Cikarang. Menurut Kasatlantas Polres Metro Bekasi, AKBP Argo Wiyono, remaja tersebut jatuh dan digilis tayar lori sebanyak dua kali.
“Diduga mangsa sedang membuat konten dengan menghentikan lori di jalan raya,” katanya.
Dari hasil pemeriksaan, Argo mengatakan FN dan Rojali sudah membuat konten sama sebanyak tujuh kali namun nahas terjadi pada rakaman kelapan.
Dalam tayangan video itu, puluhan remaja yang awalnya berada di kaki lima tiba-tiba lari ke jalan menghentikan lori. Pihak polis akan bertindak tegas terhadap pembuat konten berbahaya tersebut.
Bahkan, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana membuat konten berbahaya seperti menghentikan lori saat melaju.
“Itu kan salah boleh dikenakan hukuman misal menyeberang tidak pada tempatnya. Dan melakukan tindakan berbahaya yang menyusahkan orang lain.
“Pembuat konten boleh dijadikan pihak tertuduh dan pemandu lori itu tidak boleh disalahkan kerana mungkin dia menyangka sekumpulan remaja itu adalah perompak,” katanya.
Tentangan berbahaya tersebut kerap dilakukan oleh sekumpulan remaja bahkan anak di bawah umur demi mendapatkan rakaman video yang nantinya viral. Sayangnya, percubaan kurang bijak dalam mencari populariti itu akhirnya memakan diri.
Antara kompilasi video Challenge Malaikat Maut di Indonesia:
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
Bagus bagus HANCUR INDON HANCUR!! BUNUH INDON!!