CEO Lamborghini: Aventador generasi baharu guna enjin V12 terkini

2184

Ketua eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann mengesahkan bahawa generasi baharu Aventador akan menampilkan enjin serba baharu.

Aventador sebelum ini difahamkan akan menjadi supercar dengan enjin V12 terakhir keluaran Lamborghini tanpa sistem elektrik. Ini kerana ada khabar mengatakan kemunculan supercar baharu dengan trenkuasa hibrid dalam versi terhad. 



Namun baru-baru ini, Winkelmann menafikan khabar tersebut. Katanya Lamborghini memberikan semua yang mereka ada pada enjin V12 6.5-liter terkini. Bahkan pengganti Aventador akan dilengkapi dengan enjin V12 baharu itu.

Generasi baharu Aventador

Tambahnya, masih terlalu awal untuk mendedahkan perincian enjin tersebut dan janakuasa berkenaan tidak pernah didedahkan sebelum ini. Enjin serba baharu itu juga tidak akan berkongsi teknologi dengan Lamborghini Sian.

“Teknologi digunakan berbeza, semuanya baharu dari segi enjin, trenpacuan, bateri, ia tidak pernah dikeluarkan pada model Sián atau Aventador,” katanya.

Walaupun akan diperkenalkan dengan trenkuasa baharu, supercar Lamborghini yang bakal diperkenalkan akan mengekalkan ciri seperti pacuan semua roda (AWD) dan stereng empat roda. 

Ianya juga akan menggunakan bahan gentian karbon secara meluas bagi mendapatkan berat badan lebih ringan dan bakal menggunakan aspirasi natural.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here