Ford failkan paten nama Skyline, sebelum ini elok saja guna nama Skyliner

1599

Sebut saja nama Skyline tiada imej lain yang terlintas melainkan sebuah kereta sport milik Nissan yang sudah lama berada di pasaran sejak 1957. 

Bagaimanapun, kemungkinan selepas ini pengeluar Jepun tersebut tidak lagi boleh menggunakan nama Skyline di Amerika Syarikat (AS). 

Ini kerana Ford Motor Company atau lebih dikenali sebagai Blue Oval mengambil langkah memfailkan paten tanda dagangan (trademark) Skyline di Pejabat Paten dan Tanda Dagangan AS pada 12 Julai lalu.



Menurut permohonan tanda dagangan (siri nombor 90823372) itu, nama tersebut difailkan di bawah Barangan dan Perkhidmatan khas untuk “kenderaan motor, SUV, trak dan automobil”.

Sama ada nama tersebut akan digunakan bagi pengeluaran kereta Ford masih lagi samar. Persoalannya mengapa Ford bertindak sedemikian dan sejauh manakah signifikan nama Skyline buat pengeluar kenderaan AS itu.

Lebih mengelirukan, Ford tidak pernah menggunakan plat nama Skyline sebelum ini. Tetapi jenama berkenaan pernah menggunakan nama Skyliner beberapa kali pada era 50-an. 

Antara model yang menggunakan nama Skyliner ialah Ford Crestline, Fairlane Crown Victoria, Fairlane 500 dan Galaxie. Kali terakhir nama Skyliner digunakan adalah pada tahun 2015 pada model konsep berasaskan Ford Transit.

Seperti dinyatakan, Nissan menggunakan nama Skyline setidaknya di Jepun mewakili sedan kompak mewahnya yang memiliki kaitan dengan susur galur Nissan GT-R. Model ini dijual di AS dan pasaran lain sebagai Infiniti Q50.

Jadi di manakah nama Skyline akan digunakan oleh Ford. Mungkin nama itu akan digunakan pada model elektrik memandangkan Ford menyasarkan jualan kenderaan elektrik menjelang 2030 dan tidak mustahil produk tersebut adalah kenderaan utiliti sukan (SUV).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here