[Video] Orang ramai pelik kereta Land Cruiser ini bergerak secara mengundur di lampu isyarat

2775

Apabila kereta buat ‘hal’ atau mengalami kerosakan pada waktu yang bukan sepatutnya, pasti akan memeningkan kepala pemilik. 

Baru-baru ini, tular satu rakaman video memaparkan sebuah Toyota Land Cruiser bergerak secara mengundur di satu persimpangan lampu isyarat.



Video yang tular di laman sosial itu menarik perhatian netizen kerana kenderaan tersebut bergerak menggunakan gear ‘R’ bukannya ‘D’.  

Difahamkan, kereta itu mengalami masalah kotak gear yang tidak membolehkan pemandu menggunakan gear D. Pemilik tiada pilihan melainkan hanya menggunakan gear undur. 

Aksi berkenaan mungkin mencuit hati namun tidak buat pemandu. Bagaimanapun pemandu kelihatan cekap mengendalikan kenderaannya mungkin dengan bantuan paparan kamera undur sedikit sebanyak membantu pemandu melihat imej belakang. 

Tetapi perbuatan tersebut agak berbahaya buat pengguna jalan raya. Lebih mudah jika dia menggunakan perkhidmatan kereta tunda untuk membawa ke bengkel.

Sekiranya punca kerosakan disebabkan kotak gear, tentunya kos baik pulih tidak murah. Kejadian tersebut sepertinya berlaku di Malaysia namun tidak diketahui lokasi sebenar.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here