Baby Alien kekal pelumba MotoGP termahal, Iker Lecuona (KTM) terima gaji paling ciput tak sampai sejuta

4198

Peminat MotoGP sering tertanya tentang tangga gaji yang diterima pelumba kegemaran mereka dan nilai kontrak yang ditandatangani.

MotoGP merupakan acara lumba motosikal yang sangat popular dan mahal. Kebanyakan pelumba kejohanan dunia itu memperoleh sejumlah wang yang besar dalam kerjaya mereka.

MotoGP juga merupakan salah satu kejohanan yang menerima bayaran tertinggi. Setiap pelumba akan menerima wang bulanan dari syarikat pasukan selain pihak penaja dan penganjur.



Jadi tahun ini siapakah pelumba menerima pendapatan paling tinggi?. Ini lima senarai  pelumba MotoGP tersebut.

  1. MARC MARQUEZ – RM50 juta

Pelumba yang turut digelar sebagai baby alien ini masih mempertahankan takhtanya. Marquez merupakan salah satu pelumba berjaya dalam MotoGP dengan tujuh gelaran juara yang mana lima daripadanya dalam kelas premier.

Marquez masih lagi mempertahankan statusnya sebagai ‘anak emas’ Pasukan Repsol Honda sejak 2012 bahkan kontraknya bersama HRC sehingga 2024.

  • Pasukan: Repsol Honda
  • Gaji setahun: $12 juta (RM50.1 juta)
  • Bayaran setiap perlumbaan: $631,000 (RM2.7 juta)

2. VALENTINO ROSSI – RM42 juta

Pelumba senior asal Itali ini merupakan satu-satunya pelumba dalam sejarah yang pernah memenangi empat kelas berbeza. Kontrak pertamanya bersama Honda pada 2001 yang mana dia muncul juara dalam kejohanan 500cc dan bersama Yamaha ketika MotoGP (2004).

  • Pasukan: Petronas Yamaha Sepang
  • Gaji setahun: $10 juta (RM42.3 juta)
  • Bayaran setiap perlumbaan: $530,000 (RM2.2 juta)

3. MAVERICK VINALES – RM33 juta

Selepas debut musim 2015, Vinales menunjukkan prestasi yang konsisten. Pelumba muda  berusia 26 tahun itu memulakan kerjayanya bersama pasukan Suzuki dan pertama kali naik podium pada pusingan GP British (2016). Kemudian Vinales berpindah ke Yamaha dan kontraknya bakal berakhir musim ini. 

  • Pasukan: Monster Yamaha
  • Gaji setahun: $8 juta (RM33.8 juta)
  • Bayaran setiap perlumbaan: $420,500 (RM1.8 juta)

4. JOAN MIR – RM25 juta

Pertengahan 2018, Mir menamatkan kontrak dua tahun lebih awal bersama Marc VDS bagi beralih ke kelas premier bersama pasukan pengilang Suzuki. Pada musim rookie 2019, Mir menamatkan musim dengan 92 mata pada kedudukan ke-12.

Mir muncul juara pada kejohanan MotoGP (2020) dan menjadi pelumba Suzuki pertama meraih gelaran tersebut sejak kali terakhir pada tahun 2000. Selain itu, dia juga memecah tembok gelara juara bukan dari pasukan Yamaha dan Honda. 

  • Pasukan: Suzuki
  • Gaji setahun: $6 juta (RM25.4 juta)
  • Bayaran setiap perlumbaan: $316,000 (RM1.3 juta)

5. POL ESPARGARO – RM14 juta

Adik kepada pelumba Aleix Espargaró ini merupakan pemenang Kejohanan Dunia Moto2 (2013). Ketika menyertai pasukan HRC, Espargaro begitu gembira kerana pasukan tersebut boleh dianggap sebagai pasukan impian setiap pelumba MotoGP.

Sebelum ini, Honda dikatakan berminat dengan Espargaro selepas melihat prestasi beliau bersama KTM yang semakin meningkat naik selain kemampuannya mengekang RC16 ketika pelumba hebat lain seperti Johann Zarco bergelut dengan jentera KTM.

  • Pasukan: Repsol Honda
  • Gaji setahun: $3.5 juta (RM14.8 juta)
  • Bayaran setiap perlumbaan: $184,500 (RM780,342)

Sementara itu, pelumba Tech3 KTM, Iker Lecuona menerima bayaran terendah dengan gaji tahunan $200,000 (RM846, 400) namun  tidak dinyatakan gaji setiap perlumbaan. 

 

SENARAI GAJI PELUMBA MOTOGP (2021)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here