Urvashi Rautela, seorang pelakon Bollywood menjadi perhatian di media sosial gara-gara gambarnya dengan sebuah Lamborghini Huracan.
Dia yang pernah mewakili India ke pertandingan Miss Universe 2015 itu tular bukan kerana memiliki rupa paras yang cantik namun menyatakan kesukarannya masuk dan keluar dari supercar Itali tersebut.
“Instagram Vs Reality, masalah gadis tinggi,” tulis Urvashi di akaun Instagram miliknya.
Urvashi yang memiliki ketinggian 178cm dilihat terpaksa membongkok untuk keluar dari Huracan bagi mengelak bahagian kepala terhantuk pada tiang supercar itu.
Dari segi saiz, Huracan berukuran 4459mm (panjang), 1924mm (lebar), dan 1165mm (tinggi) dengan jarak roda 2620mm serta jarak kelegaan tanah (125mm).
View this post on Instagram
Sesetengah supercar sememangnya tidak sesuai bagi individu yang tinggi dan tubuh badan besar. Sebagai contoh, sebelum ini Dwayne Johnson atau The Rock pernah berkongsi pengalamannya yang sukar masuk ke dalam sebuah Porshe Taycan Turbo S.
Lamborghini Huracan dikuasakan oleh enjin V10 5.2-liter yang mampu menghasilkan kuasa 610hp @ 8,250rpm dan tork 560Nm @ 6,500rpm.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar