Masalah stok, pembeli kereta baharu Washington guna nombor plat kertas

1624

Tahun 2021 industri automotif Amerika Syarikat bukan saja berdepan dengan kekurangan bekalan komponen dan inventori kenderaan baharu yang rendah bahkan terkini Washington berdepan dengan masalah stok nombor plat besi.

Situasi itu menyebabkan pembeli kereta baharu di Washington terpaksa menggunakan nombor plat kertas. 



Menurut Pejabat Audit Daerah Thurston, masalah kekurangan nombor plat di seluruh negeri disebabkan pengeluaran yang perlahan oleh Jabatan Pemulihan akibat pandemik.

Pihak Jabatan Pemulihan dalam usaha mengatasi masalah tersebut dengan meningkatkan bilangan kakitangan yang bertugas dan mencari pembekal luar bermula 31 Julai.

Pengaudit Daerah Thurston, Mary Hall berkata, Jabatan Perlesenan negeri masih belum memberi jawapan tentang tempoh masalah itu dapat diselesaikan. Oleh itu, sementara waktu nombor plat jenis kertas terpaksa digunakan.

Menurut laporan, nombor plat kertas itu cuma sah selama 60 hari. Bagaimanapun kenderaan treler dan motosikal tidak terkesan. Pihak pengedar akan bekerjasama dengan pelanggan untuk mendapatkan plat logam sebaik sahaja stok tersedia. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here