765LT Spider supercar convertible paling laju Mclaren, harga RM1.8 juta saja

2305

Baru baru ini McLaren melancarkan 765LT Spider iaitu salah satu supercar convertible paling laju daripada jenama berkenaan. 

765LT spider
Gambar Hiasan

McLaren 765LT Spider menggunakan formula yang telah terbukti dari model coupe  menggabungkan trenkuasa berprestasi tinggi dengan badan lebih ringan dan kabin diinspirasi daripada sukan pemotoran.

Memiliki struktur yang sama dengan 765LT Coupe,versi convertible lebih berat 49kg dan berat keseluruhannya pula 80kg lebih ringan daripada 720s Spider pada angka 1,388kg.



Bahagian bumbung yang menggunakan material gentian karbon dioperasi secara elektrik yang mana proses bukaan mengambil masa  11 saat pada kelajuan sehingga 50kmj.

McLaren juga menyatakan kekuatan dan kestabilan strukturnya sangat tinggi, dan struktur gentian karbon pada bahagian belakang memberikan perlindungan gulingan.

Enjin V8 4.0 liter twin turbo menghasilkan kuasa 765hp dan tork 800Nm. Ia digabungkan dengan kotak gear automatik yang mampu memberikan nisbah kelajuan gear sebanyak 15 peratus lebih cepat berbanding 720s Spider. 

Pecutan dari 0-100 kmj mampu dilakukan hanya dalam tempoh 2.8 saat dengan kelajuan maksimum 330kmj.

Sama seperti versi coupe, jentera ini hanya dihasikan sebanyak 765 unit yang dijual pada harga £310,500 (RM 1.8 juta).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here