Pemilik ini guna Myvi masuk kebun durian, tak perlu trak pikap!

3004

Sebut saja nama Myvi, sering menjadi tumpuan orang ramai sehingga mendapat gelaran ‘King of the road’ pada hatchback tempatan itu.

Myvi
Myvi tunjuk skill off road.

Baru baru ini, tular rakaman video menunjukkan dua buah Perodua Myvi melalui laluan kecil tidak bertar.

Jalan tanah yang tidak rata itu dikatakan laluan menuju ke kebun perakam video berkenaan yang ingin mencari buah durian di Kota bharu, Kelantan.



Kebanyakan netizen terkejut serta kagum dengan keupayaan kedua-dua kereta tersebut yang mampu meredah semak samun, jalan tidak rata serta berlopak.

Orang ramai berkongsi pelbagai komen pada ruangan komen. Ada juga netizen yang mempersoalkan adakah ini laluan tikus mengelak sekatan jalan raya.

Bagaimanapun penjelasan pemilik hantaran itu menafikannya kerana tujuan mereka masuk ke dalam kebun untuk melihat hasil buah-buahan.

Wajarlah Myvi di gelar ‘King of the Road’ sememangnya tidak pernah sunyi dari aksi aksi luar biasa.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here