Tidak pernah lagi kita menemui hotel mahupun chalet yang menawarkan tempat tidur dan parkir dalam satu ruangan.
Bahagian parkir biasanya berada di luar penginapan seperti di tingkat bawah tanah, bahagian depan ataupun di belakang bangunan.
Namun, perkongsian seorang pengguna Tiktok di akaun @catatanbackpacker mendedahkan sebuah hotel yang unik.
Video yang mencapai tontonan sehingga 2.3 juta itu menjelaskan setiap bilik hotel tersedia garaj di dalamnya. Lelaki itu terkejut kerana setiap kereta pelanggan boleh diparkir di dalam bilik.
Penginapan itu berada di kawasan yang luas dan tidak bertingkat. Di samping itu, selain pintu kayu biasa setiap bilik juga dilengkapi dengan sebuah lagi pintu jenis rolling untuk memasukkan kenderaan.
Bagaimanapun, pemilik penginapan tidak meletakkan dinding pemisah antara bilik dan ruangan garaj jadi pengunjung boleh melihat kenderaan mereka.
“Hotel ada garasinya, gi mana ceritanya. Sumpah aneh bangat, gua baru pertama kali, lho tidur depannya mobil,” kata lelaki tersebut.
Itu adalah kali pertama perakam video menemukan penginapan yang menyediakan garaj dan ruangan istirehat di dalam satu bilik sehingga dia terkejut dan berasa pelik.
Selain garaj, kemudahan lain yang disediakan juga cukup lengkap misalnya dilengkapi dengan televisyen, katil cukup besar, cermin, meja dan lain-lain.
Video tersebut menarik perhatian netizen yang memberikan komen yang pelbagai antaranya:
“Itu diperuntukan biasanya untuk yang perjalanan jauh dan butuh murah kak. Ada yang punya garasi dengan tujuan keamanan kendaraan tamu.”
“Hmm kalau punya calon suami kayaknya harus dipasang GPS nih di HP sama mobil. Makasih mas, saya jadi tahu ada hotel model begini.”
“Bau-bau perselingkuhan.”
VIDEO
@catatanbackpacker Sumpah ini hotel aneh banget 😂 buat yang tau aja kenapa dibikin kayak gini 😂 #fyp #foryoupage #fypシ #fypage
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar