Chevrolet bakal henti pengeluaran Camaro?

2147

Siapa yang tidak kenal dengan watak makhluk asing yang bernama Bumblebee dalam filem Transformers. Ahli autobot itu menyamar menjadi kereta Chevrolet  Camaro kuning dengan jalur hitam dalam siri berkenaan. 

Terdapat khabar angin mengatakan pengeluar kereta sport itu bakal menghentikan pengeluaran Camaro.



Menurut Automotive News, ia bagi memberi laluan kepada kereta elektrik (EV). Bagaimanapun kesahihan berita itu masih belum diketahui kerana jurucakap Chevrolet enggan mengeluarkan sebarang komen tentang khabar tersebut.

Difahamkan waktu tepat untuk mengentikan pengeluaran model itu masih lagi dalam perbincangan. Tetapi syarikat automotif asal Amerika itu bakal melabur USD35 juta dalam bidang EV dan teknologi kenderaan autonomi bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menurut portal Automotive News dan Car Advice lagi, General Motors bercadang memiliki 30 kenderaan elektrik menjelang 2025 dan menyasarkan pengeluaran kenderaan bebas karbon pada 2040.

Buat masa ini, status Camaro akan di hapuskan sepenuhnya atau nama itu akan digunakan pada model EV empat pintu masih samar. 

Untuk makluman, tahun lalu Chevrolet hanya menjual 30,000 unit Camaro yang menyaksikan penurunan jualan 38.3 peratus berbanding 2019.

Sementara, Ford Mustang Mach-E merupakan kenderaan eletrik terlaris sepanjang tahun ini dengan angka jualan lebih dari 12,000 unit. Ini menjadi petunjuk potensi kenderaan elektrik pada masa depan. 

Chevrolet dapat manfaatkan pendekatan yang serupa, sama ada menggunakan Camaro atau Corvette pada model EV akan datang.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here