Proton lancar Persona dan Iriz (2022) dengan naik taraf signifikan, harga mula RM40k

3254

Proton rasmi memperkenalkan Iriz dan Persona (2022) ke pasaran tempatan dengan beberapa penambahbaikan signifikan.

PROTON IRIZ

Pasaran tempatan menerima tiga pilihan varian Iriz iaitu:



  • 1.3L Standard CVT: RM40,800
  • 1.6L Executive CVT: RM47,800
  • 1.6L Active CVT: RM54,800

Kesemua varian Iriz ditawarkan dengan transmisi CVT dengan dua pilihan enjin iaitu:

  • 1.3 liter VVT menghasilkan kuasa 90PS @5,750rpm dan tork 120Nm @4,000rpm
  • 1.6 liter VVT menghasilkan kuasa 109PS @ 5,750rpm dan tork 150Nm @ 4,000rpm

Bahagian luaran menerima rekaan bampar baharu dengan gril ‘Infinite Weave’ dan “Ethereal Bow’. Gril Iriz menerima kemasan warna merah bagi menyerlahkan lagi padanan logo baharu Proton.

Penambahan varian ‘Active’  menawarkan penggayaan lebih sporty dengan reka bentuk bampar depan dan belakang baharu bersama bumbung hitam dan rel bumbung baharu.

Proton Iriz ditawarkan dengan pilihan warna badan baharu iaitu Citric Orange dan Passion Red. 

Manakala varian Active menerima sulaman benang merah pada kerusi depan, pintu, stereng, tali pinggang keledar dan karpet bagi meningkatkan aura sporty. Tidak ketinggalan turut tersedia pedal aluminium. 

Perbezaan mengikut varian: 

PROTON IRIZ ACTIVE

PROTON PERSONA 

Pasaran tempatan menerima tiga pilihan varian Persona iaitu:

  • 1.6L Standard CVT: RM45,800
  • 1.6L Executive CVT: RM50,800
  • 1.6L Premium CVT: RM55,800

Enjin 1.6 liter VVT menghasilkan kuasa 109PS @ 5,750rpm dan tork 150Nm @ 4,000rpm yang kemudian dipadankan dengan transmisi CVT. 

Berbeza dengan Iriz, Proton Persona menerima sentuhan warna krom pada bahagian gril manakala pilihan warna badan baharu Space Grey memberikan nilai keremajaan pada sedan itu. 

Perubahan paling ketara pada bahagian dalaman Iriz dan Persona (2022) adalah penambahan unit infotainment 8-inci terapung dengan fungsi arahan suara yang kini mampu mengawal pendingin hawa dan tingkap sebelah pemandu.

Ditempatkan pada bahagian atas panel tengah untuk memudahkan akses, unit infotainmen kini dipadankan dengan lubang udara baharu dan kawalan penyaman udara yang kini mempunyai paparan digital serta penapis udara N95.

Ciri kebolehgunaan pula dipertingkatkan dengan konsol tengah baharu yang menyediakan perehat lengan serta ruang simpanan yang lebih mudah diguna.

Selain daripada penutup tempat duduk dan trim pintu ‘leatherette’ berwarna coklat (sama seperti warna yang diperkenalkan pada Proton X70), Proton Persona Premium juga menampilkan reka bentuk dalaman baharu yang meningkatkan aura kemewahan.

Persona juga menawarkan ruang but lebih besar iaitu 510 liter yang boleh diperluaskan dengan melipat tempat duduk belakang. Kedua-dua model didatangkan dengan kamera dan sensor parkir.

Perbezaan mengikut varian: 

Dari segi keselamatan, kedua-dua model  menerima penarafan ASEAN NCAP 5-bintang dan dilengkapi dengan ciri keselamatan yang komprehensif seperti struktur badan yang diperkuat menggunakan keluli Hot Press Formed (HPF), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Bantuan Pegun Bukit (HHA).

 
PROTON PERSONA PREMIUM
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here