MForce Bike bakal lancar WMoto Xtreme 250 tahun depan

2308

Mforce Bike, pengedar rasmi jenama Wmoto di pasaran tempatan bakal memperkenalkan skuter Xtreme 250 tahun depan.

Perancangan membawa masuk versi lebih besar itu diputuskan selepas penerimaan baik model Xtreme 150 yang diperkenalkan baru-baru ini.

Menurut Mforce Bike, Xtreme 250 kini sedang menjalani ujian enduran dan dalam proses menerima kelulusan pengesahan jenis kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahagian automotif.



Gaya dan konsep Xtreme 250 sama seperti Xtreme 150, tetapi menggunakan enjin yang lebih besar. Tujuan Wmoto Xtreme 250 dikeluarkan bagi memenuhi keperluan penunggang yang memiliki lesen B2 tanpa perlu menaik taraf lesen mereka.

Skuter 250cc ini menawarkan spesifikasi, teknologi dan penampilan yang lebih maju serta canggih. Berdasarkan sekeping foto yang diterima bahagian tayar depan didatangkan dengan ciri Sistem Brek Anti Kunci (ABS), skrin LCD serta visor angin boleh laras.

Buat masa ini tiada anggaran harga diumumkan. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here