Jualan Honda Malaysia jatuh teruk, industri automotif sedang nazak?

2575

Honda Malaysia hanya menjual sebanyak 5,700 unit kenderaan sepanjang Mei hingga Jun tahun ini yang menyaksikan penurunan sebanyak 52 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata berbanding tempoh sama tahun lalu Honda merekodkan jualan sebanyak 12,000 unit ketika negara masih lagi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP). 



“Penutupan perniagaan yang berpanjangan juga memberi kesan kepada pengeluaran kereta baharu kerana tidak dapat menjalankan ujian di kemudahan pengeluaran.

“Tambahan rantaian bekalan dan eksport alat ganti turut terjejas. Industri automotif menyokong rangkaian pembekal komponen dan komponen tempatan yang terdiri daripada beberapa peringkat.

“Pembekal ini mungkin tidak dapat mengekalkan operasi mereka dan ini akan mempengaruhi keseluruhan rantaian bekalan. Lanjutan PKP dan tiada tempoh masa yang jelas memberi kesan kepada perancangan dan keseluruhan pelaburan kenderaan automotif,” jelasnya. 

Chujo juga bimbang kesan domino itu mempengaruhi 101 wakil jualan rasmi Honda yang kini berdepan dengan masalah kewangan dan ketidakpastian pekerjaan bagi penasihat jualan dan servis serta kakitangan lain.

Honda Malaysia memahami keadaan yang dihadapi oleh wakil jualan dan rakan sekutu syarikat jadi pihak pengeluar itu cuba memberikan yang terbaik dalam waktu yang sukar ini.

Justeru itu, Honda mengambil inisiatif dengan mendaftarkan sekutu syarikat Honda di bawah program Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk mempercepatkan kadar vaksinisasi negara.

“Honda ingin mencapai sasaran 100 peratus vaksinasi dos pertama untuk semua sekutunya menjelang pertengahan Ogos ini.

“Kami juga berharap sektor automotif dibenarkan kembali beroperasi lebih awal dengan pematuhan ketat SOP dan garis panduan ditetapkan Kerajaan- jadi tidak akan ada kesan jangka panjang seperti pekerja diberhentikan dan mengurangkan potensi penutupan perniagaan dalam kalangan rantaian bekalan,” tambahnya. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here