Dah lepas ‘hajat’ sekali air tiada, lelaki ini selamba hubungi operator Setel minta bantuan

1967

Selepas melihat perkongsian ini, selain daripada mengisi minyak, siapa sangka ruangan servis khidmat pelanggan aplikasi Setel juga begitu responsif.

Apabila berada dalam keadaan genting, tentunya anda akan fikirkan pelbagai cara untuk menyelamatkan keadaan.

Inilah yang terjadi pada seorang lelaki yang dikenali sebagai Farhan Ismail dan perkongsiannya menerusi laman Facebook mengundang ketawa dalam kalangan netizen. 



Farhan menceritakan kronologi kejadian yang berlaku di Petronas Silk Highway Arah Puchong itu:

“Kebetulan saya nak ke IOI City Mall atas urusan kerja. Perut berbunyi, sayapun singgah ke Petronas Lebuhraya Silk. 
 
“Pujian untuk tandas di stesen Petronas ini memang bersih. Selesai menunaikan hajat, saya buka kepala pili air yang keluar perlahan. Semakin perlahan dan terus perlahan. 
 
“Saya dah mula cuak, saya call nombor telefon Stesen Minyak Lebuhraya Silk. Nombor tidak lagi digunapakai. Sayapun ingat yang saya ini pengguna tegar Setel milik Petronas. Saya hubungi khidmat pelanggan. Alhamdulillah, mereka cuba membantu saya,” jelasnya.
 
 
Perbualan Farhan dengan operator bahagian khidmat pelanggan Setel juga mencuit hati apabila dia meminta pertolongan untuk membeli air botol 1.5 liter dan dihantarkan kepadanya yang berada di tandas lelaki.
 

Dia juga selamba meminta air tersebut dihantar dalam kadar segera kerana kakinya sudah lenguh. Entah berapa lama agaknya Farhan ‘tersangkut’ di dalam tandas berkenaan sebelum terfikir untuk menggunakan aplikasi Setel.

Tambahnya sekiranya tiada respons selepas 10 minit meminta bantuan mungkin jalan terakhir adalah menghubungi rakannya untuk datang memberikan bantuan.
 
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here