Toyota lancar GR Supra 35th Anniversary Edition, pembeli dipilih menerusi cabutan

1606
Toyota bakal melancarkan model khas GR Supra 35th Anniversary Edition untuk pasaran jepun sempena ulang tahun ke-35 kereta sport tersebut. 
 
 
Model tersebut hanya dikeluarkan sebanyak 35 unit yang mana pembeli akan dipilih menerusi cabutan bertuah pada 7 September depan. 
 
Berasaskan model RZ (3.0-liter) atau SZ-R (2.0-liter), Toyota mendedahkan GR Supra RZ 35th Anniversary Edition akan menampilkan warna badan Matte Storm Gray metalik dan kerusi kulit asli berwarna merah.
 
 

Manakala versi SZ-R “35th Anniversary Edition” pula menampilkan brek sport dengan kaliper merah, bingkai cermin warna hitam kusam, kerusi kemasan kulit Alcantara juga berwarna merah dan pedal sport. 

Kedua-dua versi didatangkan dengan rim aluminium bersaiz 19-inci berwarna hitam kusam dan bahagian papan pemuka kemasan gentian karbon dengan ukiran “35th Anniversary”.

Harga jualan Supra SZ-R 35th Anniversary bermula dari  ¥6,535,000 (RM250,122) manakala Supra RZ 35th Anniversary Edition pula berharga ¥7,835,000 (RM299,878).



GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here