Ini 8 kelonggaran yang diberikan PM buat individu lengkap 2 dos vaksin

2220

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 yang mana berkuatkuasa Selasa depan (10 Ogos).

Individu yang diiktiraf lengkap vaksinasi melibatkan dua dos suntikan (Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca) mestilah melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua.



Manakala jenis vaksin satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu tersebut mestilah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan. 

Berikut kelonggaran yang diberikan oleh Kerajaan kepada individu yang lengkap dos vaksin:

  1. Perjalanan rentas daerah 

Individu yang sudah menerima vaksin lengkap dan menetap di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah. 

Muhyiddin berkata individu yang ingin melakukan perjalanan itu mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada petugas keselamatan di sekatan jalan. 

2. Dine in atau makan di restoran

Individu yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk ‘dine-in’ atau makan direstoran yang mana kebenaran ini hanya untuk mereka yang menetap di negeri di bawah fasa dua dan seterusnya.

“Dine-in memberi risiko amat tinggi kerana pelitup muka dibuka ketika makan dan berbual bersama rakan ketika makan dimeja dan ini mendedahkan jangkitan.

“Saya nasihatkan orang ramai ‘dine-in’ bila perlu saja dan tidak meluangkan masa terlalu lama. Pilihlah premis yang mempunyai sistem pengudaraan baik,” katanya.

3. Aktiviti sukan

Aktiviti sukan yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

Aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.

Aktiviti ini hanya dibenarkan di negeri di bawah fasa dua dan seterusnya PPN.

4. Pelancongan 

Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan melibatkan rumah penginapan dan hotel di negeri fasa dua dan seterusnya di bawah PPN.

Pengusaha homestay dan hotel perlu pastikan mereka yang ingin memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap. 

5. Solat di masjid 

Kerajaan membenarkan individu lengkap dua vaksin untuk menunaikan solat di masjid dan surau. Kemudahan ini juga terpakai ke atas semua fasa dalam PPN.

“Pihak masjid dan surau perlu pastikan SOP berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan juga pastikan jemaah terus pulang selepas selesai solat.

“Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat mesti menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi,” jelasnya. 

Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat.

6. Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang ada rumah di Malaysia

Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.

Kebenaran ini terpakai ke atas semua fasa di bawah PPN.

7. Pasangan suami isteri jarak jauh boleh rentas daerah dan negeri

Pasangan suami isteri jarak jauh yang mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing yang mana terpakai ke atas semua fasa di bawah PPN.

8. Ibu bapa boleh rentas daerah dan negeri ziarah anak 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here