Tular lelaki Turki dengan Proton Wira, netizen tak mahu kalah campak belakang kereta masing-masing

3895

Model Proton Wira merupakan produk keluaran kedua selepas Proton Saga dan sedan itu cukup sinonim terutamanya dalam kalangan kaki modifikasi.

Bagaimanapun Wira bukan sahaja popular dalam kalangan rakyat Malaysia bahkan turut dihargai di luar negara.



Baru baru ini, tular sekeping gambar yang dimuat naik di Facebook Motorsports Malaysia, menunjukkan seorang lelaki arab duduk di bonet depan Proton Wira yang dihiasi dengan riben hijau. 

Difahamkan lelaki tersebut berasal dari negara Turki berdasarkan nombor plat kenderaan tersebut.

Rata-rata netizen kagum melihat kereta tersebut yang masih dihargai peminat luar negara, dan hantaran Facebook tersebut mendapat pelbagai komen malah masing masing turut  mempamerkan kereta Proton Wira mereka.

Walaupun sudah tiga dekad Wira masih lagi banyak digunakan di atas jalan raya Malaysia. Bukan itu sahaja, lebih membanggakan ia juga menjadi salah satu pilihan rakyat di beberapa negara luar sebagai kenderaan kegunaan harian.

Ternyata, kereta buatan negara kita bukan calang-calang kehebatannya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here