Kapal gergasi Earth 300 misi selamatkan bumi daripada pemanasan global

2076

Syarikat reka bentuk antarabangsa yang diketuai arkitek kapal, Iván Salas Jefferson memperkenalkan satu konsep kapal layar ekspedisi yang luar biasa dan unik. 

Kapal layar bernama Earth 300 itu dibangunkan untuk misi ekspedisi penyelidikan yang kelihatan seperti kapal laut makhluk asing masa depan. 



Lebih panjang berbanding kapal Titanic dengan ukuran 948 kaki, Earth 300 dilengkapi dengan peralatan saintifik dan teknologi dari Silicon Valley.

Bentuk sfera di dek belakang merupakan rumah kota sains yang dilengkapi dengan kurang lebih 22 makmal untuk kerja saintifik bagi ahli kimia mencari solusi pemanasan global. 

Seperti anda jangkakan kapal itu digabungkan dengan teknologi robotik dan kepintaran buatan atau ‘artificial intelligence’ (AI) bersama peralatan armada kapal dalam air yang maju untuk membantu kajian laut dalam. 

Kapal itu juga memiliki dek pemerhatian menonjol yang menawarkan pemandangan laut luas. Sementara, di depan ruangan pemerhatian tersedia landasan helikopter sebagai sokongan eksplorasi lebih jauh melalui udara. 

Earth 300 boleh memuatkan 400 orang dalam satu masa dengan kemudahan ruangan 160 ahli sains, 20 pelajar, 40 tetamu VIP, 20 pakar kediaman dan 165 krew. Bagi tetamu VIP mereka perlu membayar tiket  $3 juta (RM12 juta). 

Kapal yang ditugaskan untuk penyelidikan laut itu dilaporkan berlayar menggunakan teknologi nuklear yang dikenali sebagai reaktor garam cair (MSR).

Nukleus mini tersebut dikatakan dapat memberikan tenaga bersih yang mampan dan mungkin lebih murah berbanding bahan bakar lain serta bebas emisi.

Earth 300 akan dilancarkan pada tahun 2025 yang memberikan cukup masa untuk mereka melatih anak kapal. 

BACA>>McGregor tayang kapal layar supercar Lamborghini (4000hp), harga RM15 juta saja

BACA>>Kapal Solar Firaun Khufu berusia 4,600 tahun dipindahkan ke Muzium Terbesar Mesir

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here