Semua kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula beroperasi pada hujung minggu bermula semalam.
Berikut informasi tentang operasi kaunter JPJ:
- Jumaat & Sabtu (Kedah, Terengganu, Kelantan & Johor )
- Sabtu & Ahad ( negeri lain)
- Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Perlu diingatkan semua urusan:
- Mod bayaran tanpa tunai (cashless) bagi operasi kaunter pada hujung minggu
- Jumpa terus (walk in) tidak dibenarkan
- Urusan perlu dilakukan secara temu janji berjadual
Difahamkan, kapasiti petugas kaunter JPJ adalah mengikut garis panduan pengoperasian pejabat kerajaan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Tentunya dengan pembukaan kaunter JPJ pada hujung minggu memudahkan lebih ramai pelanggan untuk menyelesaikan urusan tertunggak mereka misalnya memperbaharui lesen memandu, cukai jalan dan tukar hak milik kenderaan.
BACA>>Portal Pos Malaysia sesak?, Ini cara perbaharui lesen dan cukai jalan di MySikap mudah dan cepat
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar