[Video] Dahla tak bagi laluan, penunggang ini kejar ambulans pula…

4166

Seorang pemandu ambulans berkongsi pengalaman berdepan pembuli jalan raya ketika menghantar pesakit kritikal (kod merah) ke hospital.

Video yang dimuatnaik oleh akaun Instagram camerapenjurunews itu menceritakan situasi yang berlaku dan meminta pandangan warga maya.

“Sudah jelas saya sedang membawa pesakit kecemasan (kod merah) seorang bayi menggunakan inkubator dan kondisinya sangat kritis kerana lahir pra matang.



“Namun disaat melewati persimpangan lampu merah di Otista Raya, Jakarta Timur ada seorang pemotor yang tidak mempedulikan sirin kami, padahal sebelum melewati persimpangan, saya sudah memperlahankan ambulans.

“Kerana kejadian tersebut saya tidak sengaja menyenggol spion (cermin sisi) motor dia, setelah itu penunggang dengan sengaja menggebrak kaca pintu depan sebelah kanan ambulans saya,” ceritanya.

Menerusi video itu boleh dilihat ambulans yang menggunakan laluan bas itu membunyikan siren lebih kuat ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Beberapa penunggang lain sudah bergerak membuka laluan namun penunggang berbaju coklat tidak mempedulikan keadaan tersebut.

Bagaimanapun ambulans itu tetap melaju sehingga tersinggung cermin sisi motor berkenaan. Tidak berpuas hati, lelaki berkenaan terus mengekori lalu memotong di sisi ambulans tersebut. 

Apa pendapat anda?, seharusnya kejadian ini tidak berlaku. Sebagai pengguna jalan raya seharusnya peka dan membuka jalan dengan segera apabila terdengar ambulans membunyikan siren dari jauh. 

Ini kerana kita tidak mengetahui kondisi pesakit yang dibawa dan tindakan tidak bertanggungjawab itu melambatkan rawatan yang diperlukan. 

VIDEO
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by camera📷penjurunews (@camerapenjurunews)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here