Nak show off pintu Falcon Tesla Model X, lain pula yang jadi….

1747

Memiliki kereta Tesla Model X tentunya menjadi kebanggaan buat pemilik kerana gaya bukaan pintu yang unik berbanding kereta massa sedia ada di pasaran.

Tesla Model X
Tangkap layar Tesla Model X ketika kejadian tersebut

Kerana keunikan itu ada antara pemilik ingin menunjuk kelainan tersebut seperti yang berlaku di kota London ini. Namun begitu, sebelum show off pastikan dulu keadaan sekeliling kalau tidak malu sendiri.

Menerusi video berdurasi 30 saat yang dikongsi menerusi Youtube pemandu Tesla Model X hitam itu keluar daripada lokasi parkir dalam keadaan pintu masih terbuka. Untuk makluman, pintu Model X dibuka secara ke atas yang digelar sebagai Falcon Wing.



Tindakan itu mengundang padah apabila pintu berkenaan melanggar bas dua tingkat yang sedang berhenti. Dalam kejadian itu pintu Model X menghentam dua kali di bahagian cermin depan bas dan selepas itu bahagian sisi.

Mujur pemandu bas sempat mengelak ketika pintu Tesla tersebut menghentam cermin depan. Tidak diketahui mengapa dia tidak menutup pintu kereta sama ada mengalami masalah teknikal atau sebaliknya.

Sekiranya dia tidak sedar mahupun lupa adalah mustahil kerana sistem akan mengeluarkan amaran visual pada papan digital mahupun skrin infotainmen sebagai peringatan di samping bunyi amaran.

Apakah yang berlegar di fikiran pemandu tersebut. Sekiranya pintu tidak berfungsi seharusnya dia tidak memandu kereta tersebut di jalan raya. 

Difahamkan tiada yang mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut namun tentunya kos baik pulih yang perlu dikeluarkan tidak murah kerana dia perlu menggantikan keseluruhan mekanisma pintu Model X miliknya. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here