Saksi: Nampak dua penunggang motosikal hanyut selain kereta

1615

Lebih 20 rumah penduduk di lima kampung sekitar Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat kesan fenomena kepala air di Gunung Jerai sehingga menghanyutkan beberapa buah kereta dan motosikal.

Menurut seorang saksi, ketika menunggang motosikal pulang dari kerja, kejadian berlaku terlalu pantas dan menyaksikan sendiri kepala air tersebut sebelum menghanyutkan dua penunggang motosikal.



Bagaimanapun dia hanya mampu menyaksikan dua penunggang motosikal itu dibawa arus deras kerana kepala air itu betul-betul di tempat mereka berada dan tidak mampu membantu selain hanya mampu menyelamatkan diri sendiri.

“Bunyi arus deras itu sangat kuat kerana kepala air itu turut membawa batu dan pokok.

“Bunyinya sangat kuat, malah ketika kejadian, sebuah kereta milik TM yang berada di belakang dua motosikal itu terselamat, walaupun hampir terjunam ke dalam gaung.

“Perasaan takut hanya Allah saja yang tahu kerana tak pernah saya tengok kepala air sebegitu kuat,” katanya.

Motosikalnya turut dihanyutkan air sejauh empat meter yang kemudian tersangkut di tepi jalan. Mereka kemudian dibawa turun pasukan bomba dan dibantu oleh malim Gunung Jerai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, setakat ini terdapat 20 pekerja Jerai Hill Resort terkandas di puncak Gunung Jerai.

Fenomena kepala air Gunung Jerai itu menyebabkan beberapa kawasan berhampiran pusat rekreasi tersebut terjejas.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here