[Video] Tengah ride kepala ular ‘jenguk’ pada meter motor, mengucap panjang brother ni…

2154

Kisah tentang Yamaha NMax yang sering dijadikan pot bersarang ular sering kali berlaku di Indonesia. 

Bahkan tahun lalu sahaja lima kes tular di laman sosial apabila haiwan tersebut dijumpai bersembunyi di bahagian dalam motor tersebut. Ini mungkin kerana dimensi skuter maksi yang besar serta ruangan panas dan gelap sesuai dijadikan habitat haiwan seperti ular.



Jadi semua pemilik motosikal maksi mahupun advencer dengan fairing besar diminta periksa kenderaan anda tambahan pada musim hujan ini.

Jika tidak anda mungkin terkejut apabila tiba-tiba kepala ular ‘menjenguk’ keluar ketika menunggang seperti berlaku pada brother ini. 

Menerusi video pendek yang tular di aplikasi Whatsapp grup Cops Rider Club (CRC) itu menunjukkan seorang lelaki berhenti di bahu jalan selepas terkejut melihat ular sawa muncul melalui ruang meter Honda ADV 150 kelabu itu.

Mujurlah rider tidak tergolek dan masih mampu bertenang dan mengawal keadaan.

“Aduhaiko ni betullah, Allahuakhbar…bilala awak masuk ikut sini terperanjat betul tengah-tengah bawa ni…haishhh, Allahuakbar,” katanya.

Walaupun anak ular sawa siapa yang tidak terkejut kerana ramai yang takut dan geli dengan haiwan tersebut. Tidak diketahui apa yang terjadi selepas itu adakah lelaki berkenaan menunggu haiwan itu keluar sepenuhnya atau menarik keluar ular berkenaan. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here