Sejak kebelakangan ini banyak kejadian pelik yang berlaku kepada rider Foodpanda mahupun Grabfood. Tidak kira sama ada kejadian menyedihkan atau pun melucukan.
Terbaru, tular satu video seorang rider wanita cedera gara-gara dikejar anjing sewaktu menghantar makanan. Namun lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Kejadian malang itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan wanita itu panik lalu gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya dan merempuh pagar rumah berhampiran.
Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan badan wanita berkenaan melanggar bahagian pagar. Selepas rempuhan wanita itu berdiri kemudian terduduk menahan sakit.
Sewaktu kejadian dua wanita yang sedang berborak di ruangan dalam turut terkejut melihat insiden yang berlaku dalam sekelip mata itu.
Video tersebut mendapat perhatian orang ramai yang turut bersimpati dengan keadaan wanita terbabit dan mendoakan agar penghantar makanan itu tidak mengalami kecederaan parah.
Dikejar anjing liar sewaktu menghantar makanan. Semoga tiada apa yang serius. pic.twitter.com/cuLJO0I2Yv
— MyWatch (@My_CrimeWatch) August 20, 2021
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar