Yamaha R25 2019 dipertonton, pelancaran Mac ini

2594

Selain pelancaran Tracer 900 GT, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut mempertontonkan satu lagi jentera yaitu YZF-R25 pada acara sama.

Harga akan diumum pada pelancarannya Mac ini. Ia bakal ditawarkan dengan dua warna sporti – Matt Red dan Metallic Blue.



Pembaharuan pada Yamaha R25 2019 dari segi luaran adalah gaya yang aerodinamik yang diinspirasi dari jentera lumba YZR-M1. Muka depan R25 kini juga lebih menyerupai YZF-R1. Lampu depannya menggunakan unit LED.

Panel instrumen LCD pula kini dikemaskini dengan lampu shift light dan terdapat juga suis utama 3 dalam 1. Perubahan lebih menyerlah ialah di aspek suspensi dimana fork depan inverted baharunya direka untuk ketegaran kawalan dan rasa sporti.

Yamaha YZF-R25 2019 dikuasakan oleh enjin serupa pada model sebelum ini iaitu unit 249 cc dua silinder selari DOHC dengan sejukan cecair. Enjin ini mampu mengeluarkan 35.5 hp pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 10,000 rpm.

Unit yang dipertontonkan ini tidak dilengkapi dengan sistem brek ABS, dan ia menggunakan tayar 110/70 di bahagian depan dan 140/70 bahagian belakang. Rim pula bersaiz 17 inci.

Kami akan kongsikan maklumat lebih lanjut pada pelancaran rasminya nanti. Sementara itu, pada pendapat anda berapakah harga yang akan ditawarkan? Model ini sekarang dijual pada harga RM19,463.

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here