[Video] Guna rifle AK-47 jump start kereta, nasib tiada insiden tertembak

2408

Apabila anda sukar menghidupkan enjin kereta perkara pertama yang terlintas di fikiran bateri kereta sudah kong (mati, lemah).

Jadi apa yang perlu anda lakukan?, tentunya melakukan jumping bateri dengan kereta yang lain. Untuk melakukan teknik jumping anda memerlukan kabel atau wayar jumper bersama sebuah lagi kereta dengan bateri yang masih hidup. 



Ini dua komponen yang semua orang tahu dan dicari apabila berdepan dengan isu bateri kong. Namun, tahukah anda ada cara lain yang boleh dilakukan?.

Teknik ini mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kerana komponen yang digunakan  hanya boleh dimiliki oleh pihak tertentu atau lebih tepat pihak tentera. Menjadi satu kesalahan jika orang awam memiliki senjata api. 

Hantaran yang dikongsi menerusi grup Facebook Motuba itu menunjukkan tiga anggota tentera melakukan jumper bateri menggunakan senjata rifle AK-47. 

Video singkat itu menunjukkan bahagian hujung senapang diarahkan kedua-dua bateri kereta manakala seorang lagi mengarahkan senapang ke arah tayar kereta. 

Luar biasa, selang beberapa saat bateri kereta yang lemah dihidupkan kembali dan tiada insiden ‘tertembak’. Ini kerana peluru sudah dikeluarkan sebelum melakukan proses jump start. 

Sekiranya senapang itu masih berisi peluru, kebarangkalian arus elektrik yang melalui logam senjata itu boleh mencetuskan tembakan. Bagaimanapun aksi ini tidak wajar ditiru, cara mudah pastikan anda menyimpan kabel jumper. 

Untuk meihat video klik di sini. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here