Toyota AE86 awalnya hanyalah kereta biasa namun kini model itu menjadi legenda sepanjang zaman.
Jika anda sedang mencari model yang begitu sinonim dengan komik Initial-D itu sediakan sejumlah wang yang banyak kerana harga jualan tidak murah.
Namun, sebelum ingin memiliki model berkenaan teliti dahulu spesifikasi kenderaan jangan pula tersilap beli AE85. Seperti yang terjadi pada Itsuki Takeuchi.
Watak komik Initial-D itu terbeli Toyota Corolla Levin SR iaitu satu-satunya AE85 yang digunakan dalam Initial-D. Itsuji percaya model yang dibelinya ialah Corolla Levin AE86 selepas melihat model Takumi Fujiwara.
Bagaimanapun setelah diperiksa casis enjin rupanya model yang dibelinya bukanlah AE86. Sudahlah tersalah beli diketawakan pula, terus member merajuk.
Sama seperti hantaran pada grup
Facebook Kereta Turbo untuk dijual dengan kapsyen
Toyota Trueno AE86 for Sale (Toyota Trueno AE86 untuk dijual) sekitar Seremban.
Sekali imbas model itu mirip AE86 namun ia merupakan model AE85 Trueno (dengan lampu utama pop up) yang menerima kemasan badan Initial-D. Di akhir spesifikasi penjual menyatakan badan jentera merupakan versi A85 (tiada isu badan karat).
Hantaran yang dimuatnaik akaun Facebook Billy Gan itu menjelaskan harga jualan sekitar RM168,000 secara tunai. Menurut anda overprice atau tidak bagi AE85?.
Ada beberapa komponen asli yang masih dipertahankan selain menggunakan barangan selepas pasaran. Misalnya Billy Gan memilih ekstraktor dan ekzos jenis lumba, stereng jenama Momo, suspensi Cusco boleh laras dan rim sport watanabe 15-inci bersama tayar Yokohama.
Kemudian hud depan tersimpannya enjin 4AGE 1.6 liter Twin-Cam 16V yang dilengkapi dengan pengurusan Unit Kawalan Enjin (ECU) dan empat terotel serta radiator lumba Koyorad.
Sementara transmisi pula menggunakan 5-kelajuan manual bersama Limited Slip Differential (LSD) TRD dan set klac baharu. Pemilik menjelaskan pendingin hawa masih berfungsi dengan baik dan sejuk.
Untuk makluman model standard AE85 merupakan versi kurang bertenaga yang dijana enjin 3A 1.5 liter karburator dengan kod casis AE85. Walaupun enjin yang kurang mengujakan, Toyota masih menawarkan Levin dan Trueno AE85 dalam bentuk badan liftback dan coupe sama seperti AE86.
Toyota AE85 standard ditawarkan dengan rim 13-inci, tiada tempat duduk separa-bucket dan dilengkapi dengan roda stereng dua jejari tanpa kemasan kulit.