Konvoi supercar sambut kemerdekaan kena sita, ‘lari’ bayar cukai

17200

Memiliki sebuah kenderaan mewah seperti supercar seharusnya tiada isu untuk membayar cukai kerana mereka  ‘berduit’. Jika tidak tentu anda tidak akan memilih kenderaan tersebut. 

Namun, di India lain pula jadinya apabila 11 kenderaan mewah dan berprestasi dirampas dan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) India kerana pemiliknya tidak membayar cukai. 



Difahamkan, 15 pemilik kereta itu berkonvoi untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan India baru-baru ini dan ditahan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad.

Daripada 15 buah kenderaan 11 buah kereta disita kerana pemiliknya tidak membayar cukai di negeri Telangana. Kereta yang disita itu didaftarkan di negeri lain yang mana cukainya lebih rendah.

Di India, cukai yang dikenali sebagai life tax dikenakan ke atas semua kenderaan bermotor pada kadar berbeza mengikut negeri. Di Telangana, cukai yang dikenakan lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Selain tidak membayar cukai, ada di antara mereka memiliki rekod saman trafik. Sebahagian besar pemilik supercar mewah itu ialah keluarga ahli politik dan golongan usahawan yang berada dalam radar pihak berkuasa.

Bagaimanapun, pemilik kereta masih boleh menuntut balik kenderaan masing-masing dengan membayar denda.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here