Bukan ‘King’ kalau tak buat hal. Ini antara komen orang ramai apabila melihat insiden melibatkan Perodua Myvi. Seharusnya dipersalahkan bukan kereta tetapi pemandu.
Baru-baru ini, satu rakaman kamera papan pemuka tular di media sosial melibatkan sebuah Perodua Myvi dan Perodua Viva di Taman Nesa, Tun Aminah, Johor.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan pemilik akaun Twitter @Tok_Tek, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.30 petang apabila sebuah Perodua Myvi secara tiba-tiba melanggar Perodua Viva sehingga terbalik.
Rempuhan itu menyebabkan pemandu Viva hilang kawalan lalu masuk ke dalam longkang. Tidak diketahui sama ada Perodua Myvi itu hilang fokus atau sebaliknya kerana jika diperhatikan laluan tidaklah sesak cuma pemandu memperlahankan kenderaan kerana menghampiri lampu isyarat.
Bahkan selepas insiden itu, Myvi tersebut melalui laluan bertentangan dan hampir melanggar dua pejalan kaki yang sedang melintas sebelum memasuki semula ke laluan asal.
Pemandu Myvi berkenaan meneruskan perjalanan seolah tiada apa yang berlaku dan sepertinya melarikan diri. Sehingga kini tidak diketahui perkembangan lanjut mengenai pemandu tersebut.
Manakala pemandu wanita kereta Viva itu mengalami pendarahan namun dikhabarkan dalam keadaan stabil.
Kebanyakan warga maya tidak berpuas hati dengan sikap pemandu Myvi tersebut dan berharap dibawa ke muka pengadilan.
“Myvi ni memang selalu buat hal. haihh. kerana sebuah myvi habis rosak myvi semalaya.”
Kes Langgar Lari.
Kejadian Dari Rini Hills ke Taman Tun Aminah (Taman Nesa)
Lokasi : Taman Nesa- Tun Aminah pic.twitter.com/TY7RhscvHW
— Penglipur Lara (@Tok_Tek) August 24, 2021
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar