Jualan Julai (2021): Proton tangga pertama, Perodua jatuh ke nombor empat

1882

Bulan Julai mencatatkan rekod jualan sebanyak 7,086 unit kenderaan iaitu kenaikan 269 peratus berbanding Jun hanya 1,921 unit.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Proton berada di tangga pertama dengan angka jualan tertinggi iaitu 1904 unit kenderaan.



Kemudian diikuti Toyota (1442 unit), Mitsubishi (686 unit) dan Perodua (655 unit) serta Honda (585). 

Jika semua pengeluar merekodkan peningkatan jualan pada Julai, Perodua pula  mencatatkan penurunan jualan sebanyak 35.1 peratus berbanding Jun (1,009 unit). 

Rekod jualan bulan lalu adalah berdasarkan stok sedia ada yang dimiliki pengeluar susulan penutupan industri automotif  di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sementara kita tahu bahawa produk Perodua memiliki senarai tempoh menunggu yang panjang jadi pengeluar berkenaan jarang sekali menyimpan stok sedia ada. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here