Sasar pengeluaran kenderaan elektrik tiga tahun lagi, Xiaomi beli syarikat teknologi pemanduan autonomi

1465


Pengeluar telefon pintar, Xiaomi bakal meneroka bidang perniagaan automotif  dengan menyasarkan pengenalan kenderaan pertama dalam tempoh tiga tahun lagi.

Terbaharu Xiaomi mengambil alih syarikat yang memfokuskan teknologi pemanduan autonomi iaitu DeepMotion. 





Teknologi pemanduan autonomi popular bermula 2013 apabila beberapa pengeluar seperti General Motors, Ford, dan Mercedes Benz melabur dalam pembangunan teknologi tersebut bagi kegunaan kenderaan persendirian, komersial dan untuk kegunaan awam.

Dengan pengambilalihan tersebut, Xiaomi dapat memendekkan pembangunan kenderaan elektrik mereka selain memfokuskan teknologi pemanduan autonomi tahap 4. 

Pada masa sama, Xiaomi turut menekankan mereka masih menghimpunkan pelbagai tenaga pakar untuk pembangunan kenderaan elektrik dalam usaha menghasilkan kenderaan dengan teknologi autonomi  lebih baik.

Selain pengambilalihan DeepMotion, pihak Xiaomi turut melakukan pelaburan pada sejumlah syarikat yang memfokuskan kepada teknologi automotif.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here