AirAsia memperkenalkan perkhidmatan e-hailing dikenali sebagai AirAsia Ride yang menawarkan beberapa ciri menarik kepada pelanggan.
Ini antara keistimewaan yang ditawarkan oleh Air Asia Ride:
1. Penumpang boleh pilih pemandu
Menerusi aplikasi AirAsia Super, penumpang boleh memilih sendiri pemandu bagi menjamin keselesaan.
Sementara, platform e-hailing sedia ada tidak menawarkan ciri tersebut yang mana pemandu berdekatan yang akan menerima tempahan melainkan tempahan tersebut dibatalkan penumpang sendiri dan perlu ada alasan kukuh.
Ada juga pilihan Lady Driver khususnya buat pelanggan wanita. Penumpang juga boleh menempah ‘Allstar Ride’ dan kereta akan dipandu oleh juruterbang atau krew kabin AirAsia.
Terdapat pelbagai jenis model kenderaan yang akan ditawarkan dalam platform e-hailing terbaru ini menyediakan pelbagai jenis kenderaan, daripada kategori kompak hinggalah premium MPV.
2. Pengunaan data penerbangan
AirAsia meningkatkan kecekapan kepada pemandu dan penumpang dengan menggunakan data penerbangan bagi membolehkan pemandu mendapatkan penumpang sebaik selesai tugasan.
Pada masa yang sama pemandu AirAsia berpotensi tinggi mendapatkan penumpang, berbanding pengusaha e-Hailing yang lain.
3. Tiada penalti untuk pemandu membatalkan tempahan
AirAsia ride menggunakan konsep ‘pemandu yang diutamakan’ terutamanya pemandu yang komited dan mendapat penilaian baik daripada pelanggan.
Pemandu boleh membatalkan tempahan tanpa penalti jika adanya kecemasan atau perkara tidak diingini seperti kesesakan lalu lintas. Sistem secara automatik akan mencari pemandu baharu apabila tempahan dibatalkan.
4. Penumpang boleh tawarkan upah tinggi sewaktu menempah
Kadar caj yang dikenakan agak berpatutan, iaitu sekitar RM 1 secara purata bagi setiap kilometer (tidak termasuk caj tol). Penumpang juga boleh tawarkan upah tinggi sewaktu menempah jika ingin mendapatkan pemandu lebih cepat.
5. Pemandu ditawarkan caj platform lebih rendah
Menawarkan kelebihan bagi rakan-rakan pemandu yang ingin berkhidmat untuk AirAsia Ride. Pemandu ditawarkan caj platform lebih rendah daripada pesaing iaitu 15 peratus.
Pemandu bakal menerima 85 peratus tambang bersih yang mana keuntungan tersebut adalah yang tertinggi berbanding syarikat e-hailing lain di pasaran.
Selain itu, pemandu AirAsia Ride juga mampu menjana pendapatan tambahan dengan mengambil upah untuk menghantar bungkusan dan juga makanan AirAsia food.
6. Kod promosi untuk penjimatan
Sebagai permulaan AirAsia Ride kini menawarkan promosi hingga 30 September 2021.
Pelanggan boleh menggunakan kod promo AARIDE3 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM3 untuk perjalanan pertama mereka.
7. Semua pemandu AirAsia Ride lengkap vaksinasi
Kini, lebih 1,500 pemandu yang mendaftar dengan AirAsia Ride. Kesemua pemandu mestilah lengkap dua dos vaksin.
Selain itu, pemandu juga akan diberikan dengan kit antigen Covid-19 bersama pembasmi kuman secara percuma untuk kegunaan semasa bertugas bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang.
Setakat ini, AirAsia Ride hanya ditawarkan sekitar Lembah Klang dan akan diluaskan perkhidmatan dari masa ke semasa.
Air Asia mensasarkan 5,000 pemandu dalam tempoh enam bulan akan datang sebaik perkhidmatan diluaskan ke seluruh negara.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar