BMW Motorrad perkenal G 310 GS dan G 310 R, ansuran bulanan serendah RM460

2087
BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan tiga varian G 310 GS baharu (40 Years Edition, Rallye dan Polar White) dan G 310 R yang kini sudahpun berada di pusat jualan. 
 
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata BMW G 310 GS, BMW G 310 GS 40 Years Edition dan BMW G 310 R baharu dirumus untuk tunggangan harian yang serba versatil sama ada untuk tunggangan harian mahupun jarak jauh.

JANAKUASA

Ketiga-tiga model berkongsi enjin sama iaitu 313cc 4-lejang 4-injap, silinder tunggal DOHC penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 34hp @ 9,500rpm dan tork 28Nm @ 7,500rpm.
 
Janakuasa yang dilengkapi dengan teknologi pancitan bahan api (EFI) itu didatangkan dengan terotel elektronik bagi respons enjin lebih lancar.
 
Pemasangan unit kawalan elektronik (ECU) meningkatkan rev apabila tuil klac dilepaskan agar enjin tidak mati ketika mula bergerak.
 
Klac self-boosting anti-hopping merupakan edisi baharu yang mengurangkan tork seretan enjin dan menawarkan peningkatan signifikan dalam keselamatan tunggangan terutama ketika manuver brek yang melibatkan anjak turun (down shift) serentak.

CIRI PERALATAN & WARNA 

Ketiga-tiga model dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard. Sementara, sistem pencahayaan menggunakan jenis LED yang mana lampu depan didatangkan dengan ciri lampu rendah, lampu suluh tinggi, dan lampu nyala siang (DRL).

Dari segi penampilan, ketiga-tiga model tersebut didatangkan dengan penutup perumah enjin bagi komponen alternator, klac, dan pam air yang berwarna kelabu titanium metalik.

BMW G 310 GS 40 Years Edition pula dipadankan dengan cat hitam pada cermin depan, bar hendal, tangki bahan api, blok enjin dan rim. Model tersebut hanya ditawarkan sebanyak 40 unit sementara stok masih ada.
 
BMW G 310 GS: Kyanite Blue Metallic (Rallye dan Polar White) & Cosmic Black (40 Years Edition)
BMW G 310 R: Limestone Metallic 

HARGA JUALAN 



Kesemua model didatangkan dengan waranti tiga tahun dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia. Harga jualan model tersebut adalah:
  • BMW G 310 R: RM 27,500
  • BMW G 310 GS: RM 29,500
  • BMW G 310GS 40 Years Edition: RM 31,500

PELAN PEMBIAYAAN

Pelan pembiayaan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia membolehkan anda memiliki model tersebut dengan ansuran bulanan:
  • BMW G 310 R: RM460
  • BMW G 310 GS: RM490
  • BMW G 310GS 40 Years Edition: RM520

*Berdasarkan anggaran ‘balloon financing’ bagi pinjaman berjumlah 80 peratus untuk tempoh 4-tahun.

GALERI

BMW G 310 GS

BMW G 310 R

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here