Aktiviti konvoi tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) masih tidak dibenarkan.

1535

Pihak PDRM menasihatkan agar mana-mana kelab dan kumpulan permotoran agar tidak mengadakan aktiviti konvoi sewaktu negara masih berdepan virus COVID-19 varian Delta yang mudah berjangkit ketika waktu ini.

Namun masih ramai keliru dengan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sektor ekonomi dan sosial yang sudah diberikan kerajaan, mengikut fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kemudahan kepada individu lengkap vaksinasi yang disalah takfsir.



Sebarang permohonan konvoi kenderaan oleh individu dan kumpulan atas apa jua tujuan sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga tidak akan disokong.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar mengelak daripada menyertai sesi perjumpaan di lokasi-lokasi tumpuan serta mengjkiut pematuhan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, ketetapan itu dibuat kerana kebimbangan ia menyebabkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan tiada penjarakan fizikal.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak merancang atau memohon untuk melakukan sebarang aktiviti konvoi sepanjang tempoh PPN sehingga dibenarkan berbuat demikian.

“Kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan dalam membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini khususnya di Perak”.

“Kita akan terus memantau pematuhan yang sedang dikuatkuasakan dan akan mengenakan kompaun kepada sesiapa sahaja yang gagal mematuhi ketetapan berkenaan,” katanya.” kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here