Arab Saudi negara kedua terima Geely Okavango (Hayoue), jika masuk Malaysia akan jadi Proton X90?

3145

Geely Okavango ataupun nama asalnya di China sebagai Haoyue baru saja dilancarkan di Arab Saudi.

Negara timur tengah itu merupakan pasaran antarabangsa kedua menerima SUV tersebut selepas Filipina. 



Debut pertama Geely Haoyue pada tahun lalu yang mana menggunakan platform CV sama seperti MPV Geely Jaiji. SUV 7-kerusi itu dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo 3-silinder petrol iaitu janakuasa sama yang digunakan Proton X50.

Bagaimanapun, enjin Okavango dibantu oleh bateri mild-hibrid yang menghasilkan kuasa 190 PS @ 5,5500rpm dan tork 300Nm @ 1750-4000rpm bersama transmisi 7-kelajuan DCT. 

SUV terbesar Geely itu memiliki panjang (4,835mm), lebar (1,990) dan tinggi (1,780) serta jarak roda (2,815mm). Bergantung kepada varian, Okavango menerima paparan skrin sentuh 10.25-inci atau 12.3-inci.

Jika sebelum ini SUV itu ditawarkan dengan padanan warna kabin serba hitam pasaran Arab Saudi pula menawarkan dua rona warna. 

Demi ketenangan minda pemilik, Okavango didatangkan dengan 6-beg udara, kamera panorama 360 darjah, Program Kestabilan Elektronik dan penapis kabin udara CN95. 

Adakah SUV tersebut bakal menjengah ke pasaran tempatan sebagai Proton X90?, tidak dapat dipastikan.

GALERI
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here