Kereta terbang Ehang 216 jalani ujian di Bali, Indonesia

1868
Sebuah ‘teksi terbang’ kenderaan udara autonomi (AAV) EHang 216 sebelum ini diperkenalkan pada Pameran Motor Antarabangsa Indonesia Hibrid (2021).
 

Menurut perancangan, EHang 216 akan menjalani ujian terbang di Bali, Indonesia pada Oktober depan selepas prosedur permit terbang diluluskan. 

“Faktor utama aktiviti pandu uji teksi terbang itu ingin dilakukan di Bali adalah kerana kedudukan pulau tersebut sebagai pusat pelancongan berkelas dunia yang mampu memberikan impak lebih besar.

“Menurut perancangan, kami ingin meningkatkan aktiviti pelancongan di Bali dengan produk ini dan impaknya mungkin bukan sekadar di peringkat negara malah antarabangsa,” kata Presiden Pengarah Prestige Image Motorcars, Rudi Salim.



EHang 216 mempunyai ketinggian 1.77 meter dan 5.61 meter lebar dengan kapasiti muatan maksimum 220kg dengan kelajuan 130kmj.

Kereta terbang itu mencapai ketinggian 3,000 meter dengan jarak penerbangan sejauh 25km selama 21 minit. Selain itu, ia menggunakan kuasa elektrik 100 peratus bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Kenderaan udara ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan sesuai untuk digunakan sebagai pengangkutan moden untuk penduduk di bandar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here